MALACCA BIMMERS ANNUAL GENERAL MEETING 2009

21 Disember 2009...Malacca Bimmer's Club (MBC) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2009 di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh Melaka pada pukul 9 malam. Acara tahunan yang meriah ini julung kalinya diadakan bagi majlis penutupan tirai aktiviti tahunan bagi tahun 2009 dan sekaligus melantik jentera-jentera yang baru bagi tahun 2010 untuk meneruskan perjuangan ahli-ahli kelab bagi tujuan misi dan visi yang diperjuangkan.

Majlis yang gilang gemilang itu dimulakan dengan pendaftaran kehadiran ahli kelab Malacca Bimmers di pintu masuk dewan mesyuarat. Selepas itu acara diikuti bacaan doa serta persembahan multimedia (slide presentation ) kenangan selama setahun perjalanan kelab yang diterajui oleh Saudara Ridzal Othman selaku President kelab sesi 2009.

Selepas itu majlis diserikan lagi dengan ucapan Tn. President kelab MBC bagi sesi 2009. Laporan pembentangan kewangan kelab pula juga disempurnakan oleh Bendahari Kelab Saudara Dr. Suhaimie serta dengan penyata kira-kira yang dilampirkan.

Penyampaian sijil-sijil penghargaan juga turut diberikan kepada semua ahli-ahli kelab yang berjasa serta berkotmitmen tinggi diserahkan oleh Tn. President sendiri.

Seterusnya majlis meneruskan undian jawatankuasa bagi sesi 2010 dengan tenang tanpa sebarang pertikaman lidah dan semuanya syukur Alhamdulillah berjalan dengan jayanya.Selepas itu Mesyuarat Agung diteruskan oleh barisan muka-muka baru kelab MBC sehingga mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20am dan bersurai.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli MBC yang telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2009 tersebut bagi menjayakan dan memeriahkan lagi aturcara majlis.

2010 NEW LEADERSHIP MBC

PRESIDENT : EN. AZMAN ABU
VICE PRESIDENT : DR. SUHAIMIE
SETIAUSAHA : EN. AZLI IZWAN (ALONG)
TIMB. SETIAUSAHA : EN. NIK
BENDAHARI : EN. EHSAN
TIMB. BENDAHARI : PN. MARSITA (MUMMY)

8 BIRO:

1) BIRO MARSHALL & KESELAMATAN
-EN. RAZALI

2) BIRO AGAMA & PENERANGAN
-EN. MUHAMMAD YUNUS

3) BIRO SUKAN & REKREASI
-EN. RIDZAL

4) BIRO KEAHLIAN & PENDAFTARAN
-EN. MASWANDI

5) BIRO LOGISTIK & KELENGKAPAN
-EN. ZAIMIE

6) BIRO HADIAH & KEBAJIKAN
-EN. ANAZ

7) BIRO PERNIAGAAN & USAHAWAN
-EN. RUJIHAN

8) BIRO PERHUBUNGAN
-EN. SHAH